BEKALAN KUASA

Unit bekalan kuasa membekalkan kuasa kepada semua peralatan dan bahagian komputer. Kebiasaannya arus letrik yang digunakan untuk operasi ialah jenis arus ulang-alik (AC) dengan kekuasaan 220-240 volta. Komputer menggunakan arus jenis arus terus (DC) yang kekuasaannya bernilai 5-12 volta, kecuali monitor yang menggunakan arus ulang-alik. Peralatan/perkakasan akan rosak atau tidak berfungsi apabila berlaku kekurangan atau terlebih arus elektrik yang digunakan.
Tenaga Nasional membekalkan arus jenis arus ulang-alik (AC) kepada orang awam dan mempunyai standard Malaysia bernilai 220-240 volta.

ARUS ELEKTRIK ULANG-ALIK (AC)

Kebiasaanya arus jenis ini digunakan oleh orang awam yang boleh didapati salah satu cara dengan menggunakan generator yang bermotor dan apabila arus dibekalkan, coil akan berpusing dan menghasilkan kuasa elektrik.

 ARUS ELEKTRIK TERUS (DC)

Arus jenis ini selalunya dihasilkan oleh beteri.  Komputer jenis bimbit menggunakan bateri NICAD.  Setiap komponen yang menggunakan arus terus mempunyai litar yang mudah, volta yang rendah dan tidak memerlukan transformer atau rektifier.
Ketahanan bateri pada komputer adalah bergantung pada cara kita menggunakan komputer.   Sebaik-baiknya komputer digunakan setiap hari agar bateri akan dicajkan semula dan sekurang-kurangnya dua minggu sekali.  Peralatan yang menggunakan arus terus akan mengalami kerosakan, jika berlaku litar pintas.  Kesan-kesan seperti terdapat tanda kehijauan dan berwarna puteh di bahagian terminal bateri memyebabkan bateri tidak berfungsi lagi.       

 UNIT BEKALAN KUASA KOMPUTER

Kebanyakan peralatan-peralatan elektronik menggunakan arus (AC) termasuk juga monitor untuk komputer.  Peralatan/pekakasan komputer menggunakan arus (AC) dan ditukarkan kepada (DC) dengan menggunakan rektifier.  Arus terus (AC) nilainya tetap dan mengalir pada satu arah.

 Arus ulang-alik (AC) sentiasa berubah diantara bahagian tinggi yang positif voltage dan rendah pada bahagian negetif voltage dan ketahap maksima pada satu arah dan juga turun ke sifar dan menurun semula ke arah yang berlainan.

REKTIFIER

 Juga dikenali sebagai diode yang beperanan menukarkan arus ulang-alik (AC) kepada arus terus (DC).   Ia juga mempunyai empat komponen kecil diode dan ia juga mengalirkan arus dengan satu hala.  Untuk mengenalinya dengan melihat ciri-ciri saperti jalur dan garisan tanda (-) Cathode dan (+) Anode.

 REKTIFIER GELOMBANG SEPARUH

Syarat untuk menukarkan arus ulang-alik (AC) kepada arus terus (DC) memerlukan sebuah diod sahaja.  Pada rajah di bawah digambarkan bagaimana kuasa yang  terletak di bahagian bawah 0 volt telah terpotong oleh diod kerana punca positifnya (anode) telah menjadi lebih negetif daripada punca negetif (cathode) bila kuasa berubah kepada lebih rendah kepada 0 volt.

 REKTIFIER GELOMBANG PENUH

Rektifier yang menggunakan satu diod akan menghasilkan voltage yang dinamakan arus terus  berubah (fluctuating DC).  Keadaan voltage yang tersebut dinamakan “fluctuating”, kerana voltage tidak berubah di mana-mana tahap tetapi ia berubah diantara 0 volt dan puncak voltage. Rajah di bawah menggambarkan bagaimana diod menghapuskan kuasa voltage negetif, ini bermakna  litar berkenaan yang telah melenyapkan separuh daripada kuasa yang boleh digunakan.

 Satu cara yang baik untuk menggunakan  semua kuasa yang  ada dengan menghalakan voltage yang akan lenyap tadi ke bahagian  atas gelombang.  

JENIS-JENIS BEKALAN KUASA

Terdapat dua jenis bekalan kuasa:

 1.      Jenis “Linear”

2.      Jenis “Switching”

JENIS LINEAR

Jenis bekalan kuasa yang senang dikenalpasti dan dibaiki kerosakannya dan mempunyai litar yang mudah.  Asas-asas yang bekalan ini mengandungi transformer, satu rectifier dan beberapa kapisitor sebagai penapis/filter untuk tujuan meratakan dan menyelaraskan gelombang kuasa.

 Cara-cara berfungsi:

·        Kuasa daripada soket dinding (240 volt arus ulang-alik (AC) dimasukkan di dalam satu transformer yang besar.

 ·        Kuasa kemudian diselaraskan (rectify) dan ditapis untuk menghasilkan output arus terus yang licin pada voltage yang paling sesuai untuk kegunaan sesuatu litar.

 ·        Kuasa terus yang telah dilicinkan akan dihantar melalui sebuah “regulator” yang akan meyempurnakan keperluan sesuatu litar yang menyekat voltage/arus yang dibekalkan hanyut ketempat lain.

 ·        Arus yang berlebihan dari sumber kuasa biasanya akan ditukarkan menjadi haba dan hilang begitu sahaja.

 Kebaikan jenis linear ini dari segi mudah dan tahan lama, walaubagaimana pun kuasa jenis ini bukanlah yang terbaik dan efisen.

Jenis “Switching

Bekalan jenis ini kebiasaanya tidak membazirkan arus dan juga tidak menggunakan transfomer yang besar dan sebagai gantinya  ia menggunakan transformer kecil yang merubah dan tidak menghilangkan haba.  Ianya juga mempunyai litar pengesan yang boleh mengawasi voltage output. Bila voltage naik dan turun kerana keperluan bekalan kuasa berubah, litar pengesan ini boleh mengetahui.

 

 

 

Suzie IT Teganu Kite..

Politeknik Kota Kuala Terengganu
Terbaik hanya guna skrin  800 x 600