Make your own free website on Tripod.com

 

 

FORMAT CAKERA

 Format bermakna proses menyediakan tapak permukaan cakera bagi membolehkan maklumat disimpan di dalamnya.  Sesebuah cakera tidak boleh menyimpan sebarang maklumat melainkan setelah cakera tersebut diformat terlebih dahalu.  Maklumat-maklumat pula terdiri dari fail-fail sama ada fail program atau fail data atau kedua-keduanya sekali.  

            Proses format dapat diumpamakan seperti penyediaan tapak rumah sebelum rumah didirikan di atas tapak tersebut. Selepas proses format, paparan video akan memaparkan kedudukan sesebuah cakera itu sendiri termasuk jumlah bait, jejak, klaster, sektor, unit penempatan fail dan juga sektor-sektor  yang rosak dan bait yang boleh digunakan.  Format juga akan memadam semua maklumat yang terdapat dalam cakera berkenaan jika ada.  Proses format.com juga terdapat dalam Dos.

 

TAHAP-TAHAP FORMAT

Format terbahagi kepada tiga bahagian mengikut tertib:

Pertama            :           Format fizikal

Kedua              :           Pembahagian permukaan cakera (untuk cakera keras sahaja)

Ketiga              :           Format Dos/Os/2

  

FORMAT FIZIKAL

Format fizikal dikenali sebagai format tahap rendah. Tujuannya adalah untuk meletakkan sektor pada tiap-tiap jejak pada cakera dan menguji media cakera.  Sektor ID dikeluarkan pada tiap-tiap jejak dalam proses ini.  Format fizikal ini untuk menguji permukaan cakera.  Format fizikal biasanya dilakukan di kilang pengeluar cakera.

Terdapat empat asas format perlu dilakukan:

 

1.      Jika kita membeli alat kawal atau cakera keras, proses format perlu dijalankan bagi menyesuaikan antara  kedua-dua alat kawal dan pemacu cakera keras. 

2.      Ketika memperbaharui semula sektor Ids pada cakera.  Perkara ini elok dilakukan sekali dalam setahun.

3.      Ketika kita mencuba faktor antara luar bagi menambah kadar perpindahaan daripada cakera keras.

4.      Tidak melakukan format yang salah pada segi keupayaannya.

 

PEMBAHAGIAN PERMUKAAN CAKERA KERAS

Cakera keras perlu dibahagi-bahagikan permukaannya terlebih dahulu sebelum proses format Dos dilakukan.  Ini kerana ianya mempunyai Megabait yang besar kalau dibandingkan dengan cakera liut.  Proses pembahagian cakera keras ini menggunakan arahan Dos yang bernama FDISK.

             Sesebuah cakera keras boleh dibahagikan pula kepada beberapa ruang yang dianggap sebagai pemacu.  Contohnya kalau kita ada 2 pemacu cakera liut dan satu pemacu C: dan cakera RAM sebagai pemacu D:, tetapi dalam proses pembahagian permukaan cakera ini, kita boleh membuat pemacu D, E, F dan seterusnya hanya dengan membahagi-bahagikan ruangan permukaan cakera tersebut ruangan tambahan ini dipanggil pemacu lojik.

             Contoh, katalah kita hendak menyimpan perisian yang berupa aturcara pengoperasian dan aturcara dalam satu ruangan yang lain pula.  Maka dalam hal ini kita kena menghasilkan apa yang dipanggil Pembahagian Dos awal (Primary Dos Partition) yang menyimpan direktori Dos dan direktori aturcara penggunaan.

 

FORMAT DOS

Format jenis ini dipanggil juga dengan format tahap tinggi atau format Os/2.  Proses format ini adalah persiapan terakhir terhadap sesuatu cakera.  Setelah sesuatu cakera diformat, maka Rekod Boot Dos dan jadual penempatan fail akan terhasil dan maklumat DBR dan FAT tersimpan pada selinder O sesuatu cakera.

 

FORMAT CAKERA LIUT

Jika kita menggunakan DOS yang terdapat dalam cakera keras, bagi menformat cakera liut dalam pemacu A:, maka ikuti langkah-langkah berikut:

        C:\>           atau      C:\>CD\DOS

        C:\>FORMAT A:      ENTER  (Taipkan Format A:)

 Arahan supaya cakera liut yang hendak diformat akan muncul

             Insert target diskette in drive A

            Press enter to continue.....

         Masukkan cakera liut yang hendak diformat ke dalam pemacu A:.  Pastikan tutup perlindungnya telah dibuka.
 
        Tekan kekunci enter

Komputer akan menjalankan proses format sehingga selesai.  Setelah selesai, satu set utusan yang menunjukkan kedudukan tahap cakera yang diformat tadi akan muncul. 

 Contohnya utusan setelah diformat cakera liut:

            1213952 bytes total disk space
            1213952 bytes available on disk
            512 bytes in each allocation unit
            2371 allocation unit available on disk

 Volume Serial Number ia OD47 - 17F4
 Format another (y/n)
Taipkan Y jika nak format cakera lain dan jika tidak taipkan N.

  

MENGGUNAKAN CAKERA LIUT UNTUK MENFORMAT CAKERA LIUT YANG LAIN

1.      Masukkan cakera Dos di dalam pemacu A: dan bitkan komputer 

2.      Masukkan cakera Dos yang mengandungi fail FORMAT.COM kedalam pemacu a: dan cakera yang  hendak diformatkan ke dalam cakera b:. 

3.      A>format B:       Enter        (taipkan format b:) 

4.      Masukkan cakera matlamat (cakera yang hendak diformatkan) ke dalam pemacu b: dan enter atau ikutilah arahan-arahan berikutnya sama seperti peraturan di bilangan (1) di atas.

  

FORMAT CAKERA KERAS

Cakera keras diformat setelah dibuat pembahagian ruangan permukaannya oleh Dos.  Biasanya kerja-kerja format cakera tidak boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya melainkan jika terpaksa.  Ini kerana cakera mengandungi banyak maklumat.  Walaubagaimana pun kadangkala cakera seperti menyusun semula penempatan fail sebab-sebab seperti menyusun semula  penempatan fail supaya kedudukannya berturutan, tidak dijangkiti virus dan sebagainya.

 1.      Masukkan cakera Dos di dalam pemacu A:

 Dos yang digunakan untuk menformat cakera keras sebaik-baiknya ialah sama dengan Dos yang digunakan untuk pengoperasian cakera keras itu nanti.

 2.    Buatkan komputer 

3.    A>Format C:/S               Enter     

          taipkan                 masukkan fail sistem

                                      (tersembunyi) sekali gus

 

Suzie IT Teganu Kite..

Politeknik Kota Kuala Terengganu
Terbaik hanya guna skrin  800 x 600