KEYBOARD/PAPAN KEKUNCI  

 

 LIHAT GAMBAR RAJAH PAPAN KEKUNCI

 

 

Papan kunci biasanya mengandungi beberapa banyak butang yang bertulis dengan aksara-aksara huruf, angka dan tanda-tanda tertentu.  Biasanya  berjumlah dari 101 hingga 104 butang bergantung pada jenama tertentu.  Dari papan kunci inilah arahan-arahan boleh diberikan oleh pengguna kepada komputer dan dipanggil sebagai “aliran masuk”.  Kunci yang terdapat sama seperti yang terdapat pada mesin taip, cuma pada komponen komputer lebih banyak kunci yang boleh digunakan khas untuk komputer.  

Ada dua jenis keyboard: 

·        Jenis XT(Extra Technology)        -   Terdapat 76 dan 101 kekunci dan CPU 8088.

·        Jenis AT (Advance Technology)   -   Terdapat  104 kekunci dan CPU 80286 dan                                                                 suis untuk membuat pilihan jenis XT atau AT.

   

Papan Kekunci Jenis 84 - Kunci 

Sebahagian daripada kunci nombor ini boleh juga digunakan untuk menggerakkan penanda (cursos).  Di sebelah kiri papan kekunci ini terdapat 10 kunci fungsi yang bertanda F1 hingga F10. Kesemua 110 kunci fungsi ini boleh diprogramkan untuk menjalankan tugas atau fungsi yang tertentu.  Di bahagian tengah terdapat kunci alphabet A hingga Z yang fungsi sama seperti mesin taip.

 Papan Kekunci Jenis 101 - Kunci 

Untuk komputer 286, 386, 486 atau Pentium pula papan kekuncinya mempunyai 101 kunci. Perbezaan yang jelas ialah pada papan kekunci jenis 101 -  kunci fungsi berjumlah 12 (F1 hingga F12) adalah terletak di bahagian atas papan kekunci.  Selain daripada itu papan kekunci ini juga mempunyai kunci berasingan untuk menggerakkan penanda.   Bila menjalankan komputer kunci, papan kekunci perlu ditekan dan dilepaskan semula dengan cepat kerana sekiranya  papan kekunci ditekan lebih daripada satu saat huruf atau nombor yang ditekan akan berulang. 

  Di bahagian bawah papan kekunci terdapat dua kaki plastik yang boleh digunakan untuk mencondongkan kedudukan papan kekunci.  Pengguna dapat memilih kedudukan yang paling sesuai untuk mereka bekerja.   Papan kekunci disambung ke bahagian belakang unit sistem dengan kabel bergulung sepanjang 6 kaki, ini bermakna pengguna boleh menggunakan komputer dengan papan kekunci hampir 6 kaki jauhnya dari unit sistem.

 

  Masalah yang sering dihadapi:

·        Keyboard BOIS rosak
·       
Keyboard BOIS pada Mother Board
·       
Contact keyboard kotor/ tidak menunjukkan output dan juga virus

Jika masalah contect rosak, bersihkan kekunci dan buang kekunci yang tidak berfungsi serta gunakan patri untuk menggantikan kekunci yang masih boleh dipakai pada papan kekunci yang sama. 

              Cara mencuci keyboard: 

·        Cabut penyambung kekunci

·        Spray Alkohol/Head Cleaner

·        Gunakan span yang mengandungi buih sabun, sapukan dan gosok

 

Suzie IT Teganu Kite..

Politeknik Kota Kuala Terngganu
Terbaik hanya guna skrin  800 x 600