Make your own free website on Tripod.com

 

 

 

MEMPATERI DAN MENANGGALKAN LOGAM PATERI

Proses ini selalunya kita lakukan apabila bertemu dengan masalah kerosakan  pada perkakasan yang kecil terdapat pada sistem papan litar sesebuah komputer.  Proses ini juga mesti selalu diamalkan akibat pembakaran yang telalu panas atau terlalu banyak membuat ketika membuat pateri. 

       Alat-alat keperluan  untuk membuat pateri/tanggalkan pateri yang mustahak seperti di bawah:

            1.  Besi Pateri                                       5.  Plier

            2.  Penyedut Logam Pateri                    6. Pemotong

            3.  Bahan Timah/Plumbum                    7.  Penanggal

            4.  Penampal                                        8.  Pemegang Besi Pateri

 

 

CARA-CARA PROSES PATERI 

Setelah kerosakan pada perkakas dapat dikesan, ikuti cara-cara yang biasa dilakukan seperti di bawah:

 1.      Letakkan besi pateri pada pemegang, pasang suis elektrik untuk memanaskan besi pateri selama lima
       atau sepuluh minit. 

2.     Sentuh hujung besi pateri pada gel penampal atau dengan merasa pada tangan untuk benar-benar pasti hujung besi pateri telah panas untuk digunakan. 

3.     Kedudukan besi pateri yang panas dan logam/timah yang digunakan mestilah dalam keadaan 45o condong, di mana untuk mendapatkan pematerian yang baik. 

4.     Gosokkan hujung besi pateri dengan gel penampal dan letakkan semula besi pateri pada pemegangnya.

5.      Setelah selesai membuat kerja-kerja pateri, pastikan bekalan elektrik pada besi pateri telah diberhentikan.

   

CARA-CARA MENAGGALKAN LOGAM PATERI

1.      Pasang suis elektrik untuk memanaskan besi pateri. 

2.      Pastikan hujung besi pateri telah cukup panas untuk memulakan kerja. 

3.      Alat penyedut hendaklah telah sedia. 

4.      Kedudukan ketika membuat kerja menanggalkan logam pateri juga sama seperti untuk membuat pateri iatu 45o condong. 

5.      Setelah logam pateri cair, gunakan alat penyedut untuk membuang logam cair.

6.      Tutup bekalan elektrik, setelah membuat kerja-kerja menanggalkan logam pateri.

 

 

 

Suzie IT Teganu Kite..

Politeknik Kota Kuala Terengganu
Terbaik hanya guna skrin  800 x 600