PEMACU CAKERA  

Pemacu cakera dipasang pada unit pemeroses pusat. Semua piring cakera diputar bagi membolehkan kepala baca tulis pada pemacu mencari maklumat.  Maka yang menggerakkan sekeping cakera itu adalah pemacunya.  Pemacu mengandungi chip, motor penggerak kepala tulis dan motor pemutar cakera. Mempunyai kabel yang disambung kepada alat kawal.  Alat kawal pula bertugas menentukan perjalanan pemacu mengikut kehendak pengguna.  Pada dasarnya ada 4 jenis pemacu.

 PEMACU CAKERA KERAS 

Ianya berada tersimpan secara rapi di bahagian dalam CPU dan boleh dikunci.  Pemacu keras dirujuk sebagai C: Pemacu keras dibekalkan oleh pengeluar dengan cakeranya sekali, tidak dibekalkan secara berasingan. Pemacu keras mempunyai alat kawal dan kabel yang berasingan daripada alat kawal cakera liut.
Mempuyai  kepala baca-tulis yang berbilang-bilang kerana biasanya cakera keras tersusun dari lebih daripada sekeping piring cakera.  Oleh itu cakera keras yang berukuran 40MB dengan 4 keping piring cakera, maka ia memerlukan sebanyak 8 kepala baca-tulis.

   PEMACU CAKERA LIUT 5 1/4 INCI

Pemacu ini hanya boleh memacu cakera liut bergaris pusat 5 1/4 inci sahaja tanpa mengira kecil besarnya bait sesuatu cakera. Pemacu kepadatan tinggi tidak boleh memacu  cakera kepadatan rendah ini bermaksud cakera 1.2MB tidak boleh dipacu oleh cakera 360KB, tetapi sebaliknya pula, boleh.  Biasanya pemacu cakera liut 5 1/4 inci dirujukkan sebagai pemacu A:                        

 

PEMACU CAKERA LIUT 3 1/2 INCI

Pemacu jenis ini berukuran lebih kecil sesuai dengan ukuran cakeranya.  Dipasang  di sebelah pemacu A: atau disisi nya pada CPU.  Pemacu ini dirujuk sebagai pemacu B: Cakera 3 1/2 inci 1.44MB tidak boleh dipacu oleh pemacu 720KB, tetapi sebaliknya, boleh.
Komputer mempunyai ingatan sementara untuk menyimpan maklumat tertentu semasa kita bekerja dengan sesuatu program.  Tempat ingatan ini dipanggil pemacu RAM.  Jika sebuah komputer terdapat pemacu A:,B:, dan C:, maka pemacu keempat ialah pemacu RAM, dirujuk sebagai pemacu D:         

KEPALA BACA TULIS          

Dalam pemacu cakera mengandungi komponen mekanikal dan komponen elektronik.  Pemacu cakera mempunyai dua kepala (baca/tulis) dan ianya boleh digunakan dengan cakera liut jenis “double sided”.
Kepala baca tulis adalah daripada “core” besi lembut yang terdapat satu “coil mengelilinginya. “Core “ ini sebenarnya mempunyai lekuk di bahagian tengahnya yang menyebabkan ianya berfungsi seperti dua “core”.  Bila komputer hendak menulis sesuatu  kepada cakera ianya akan mengalirkan arus melalui coil berkenaan untuk menghasilkan garisan elektromagnet ke atas permukaan cakera.

STEPPER MOTOR

Fungsinya untuk memusing  piring magnet (tracks) disket supaya kepala bacatulis boleh boleh berfungsi.  Kelajuan pusingan pada 300 kali pusingan dengan menggunakan arus berukuran 12V.

 Kabel  penyambungan spindle motor:

            Pin 1    4V VCC (No pulse) 240 DC, di bawah 2V Faulty
            Pin 2   
            Pin 3    4V
            Pin4     4V
            Pin5     OV Ground (No pulse)

 Kabel penyambungan stepper motor:

            Pin1     5V Tinggi
            Pin2     5V Tinggi
            Pin3     OV Rendah
            Pin4     OV Rendah
            Pin5     12V untuk menjalankan stepper motor

 

CAKERA

Cakera komputer diperbuat daripada plastik dan disadur dengan magnet, berbentuk bulat dan nipis, peka dan mudah rosak.  Kecil besarnya sesebuah cakera diukur dengan yunit Bait iaitu sama dengan unit ukuran ingatan komputer.  Selalunya dinyatakan dalam yunit Kilobait (KB) atau Megabait (MB).  Lebih banyak bilangan Bait sesebuah cakera, lebih banyak maklumat dapat disimpan.

             Cakera komputer terbahagi kepada dua jenis: 

                 Pertama                   :           Cakera Liut

                 Kedua                     :           Cakera Keras

             Cakera padat bermakna susunan molikul magnet pada cakera berkenaaan lebih rapat atau padat, ini membolehkan pengguna menyimpan data dengan lebih banyak lagi.

CAKERA LIUT

Cakera ini adalah berbentuk sekeping plastik, bulat, nipis dan liut.  Permukaannya bersalut magnet saperti piring hitam nyanyian.  Ia pula terbahagi kepada beberapa jenis mengikut ukuran fizikal dan kepadatan baitnya.  Ada yang berukuran 5¼ inci (garispusat) dengan kandungan bait 360 KB dan 102MB serta disalut dengan jaket perlindungan yang nipis juga.
Ada juga yang bergaris pusat 3½inci dengan 720KB dan ada yang 1.44MB.  Ukuran fizikal cakera liut jenis ini agak kecil tetapi lebih keras dan tahan lasak kerana ianya mempunyai tutup perlidungan yang agak keras.

 Lubang Perlindungan Maklumat

Dari lubang ini segala maklumat boleh dimasukkan, dipadam dan diubah. Virus komputer juga boleh berjangkit pada cakera melalui lubang ini.  Oleh yang demikian ianya perlu ditutup agar terhindar dari hilangnya atau bertukar maklumat dan jangkitan virus.  Terdapat beberapa program tidak boleh dijalankan jika lubang maklumat ini tertutup.

 Permukaan Maklumat 

Ia merupakan permukaan yang terdedah dan dari sinilah segala fail-fail data dibaca oleh ingatan komputer untuk diproses sebagai aliran masuk.  Permukaan yang terbuka, janganlah disentuh dan dibiarkan lama terdedah kepada atmosfear.  Cakera mestilah dimasukkan semula, apabila tidak digunakan.

 Cara-cara menjaga  cakera liut:

1.       Jangan gunakan klip atau getah gelang

2.       Jangan dekatkan magnet, mungkin data akan hilang

3.       Jangan membuat kerja-kerja pemadaman di atas cakera liut

4.       Jangan letakkan sesuatu yang berat

5.       Jangan dibengkokkan

6.       Jangan sentuh permukaan terbuka

7.       Jangan dedahkan pada kepanasan

8.       Jangan gunakan bahan meruap untuk cucian

 

CAKERA KERAS

Cakera keras berbentuk sama seperti cakera liut, tetapi piring cakera nya lebih tebal.  Terbina dari sekeping cakera atau lebih mengikut ukuran baitnya.  Jika lebih dari sekeping cakera ianya tersusun berlapis-lapis dari atas kebawah. Cakera mempunyai mengandungi kepadatan yang tinggi dan terletak secara kekal didalam pemacunya tersendiri dan tertutup rapi.  Pemacunya pula tidak dapat dilihat dari bahagian luar unit pemerosesan  pusat kerana ianya disetkan di bahagian dalam CPU.  Unit ukuran cakera keras dikira dalam Megabait.  Ada yang 10MB, 20MB, 30MB, 40MB, 60MB, 80MB, 120MB, malah ada yang menjangkau keperingkat Gigibait (GB).

Pada masa dahalu kebanyakan komputer menggunakan cakera liut untuk menjalankan program-program seperti  LOTUS 1-2-3, PROFESIONAL WRITE dan lain-lain program dengan banyak menggunakan cakera liut untuk menjalankannya setelah dimasukkan di dalam pemacunya.

 Oleh kerana teknologi masakini terkembang, maka banyak program-program besar dihasilkan perlu menambahkan banyak lagi ruang kerja program yang sedia ada seperti program MS-WINDOWS, AUTOCARD lebih mudah menggunakan cakera keras. Penggunaan cakera keras tidak semudah menggunakan  cakera liut dan perlu pengetahuan untuk menggendalikan penggunaan cakera keras.

 Susunan binaan permukaan cakera

Sesuatu permukaan cakera  tersusun daripada beberapa juzuk terdiri daripada  jejak, sektor dan klaster.  Permukaan sekeping cakera disaluti dengan serbuk magnet.  Proses penyalutan ini dilakukan di kilang.  Disamping itu istilah Head atau permukaan selalu  juga digunakan sistem. Permukaan yang paling diatas dipanggil permukaan O (Head O).  Di sebelah bawah dipanggil (piring cakera yang sama) dikira sebagai permukaan 2 dan seterusnya.  Bagi setiap permukaan mempunyai kepala baca-tulis sendiri bagi mencari, membaca, memasukkan dan mengubah sebarang maklumat yang diarahkan oleh pengguna.
 Pada permukaan O segala maklumat yang bersangkut paut dengan proses boot, jadual penempatan fail (FAT), jadual pembahagian permukaan cakera (MBR) dan lain-lain disimpan.

 ·       Jejak  : 
Jejak adalah jejalur yang mengelilingi permukaan cakera saperti yang terdapat pada piring hitam, cuma ianyatidak dapat dilihat.  Satu lingkaran jejak dipanggil “selinder”. 

·        Sektor :  
Sektor adalah tempat untuk menyimpan maklumat. Satu sektor mengandungi 512 bait ½ kilobait.  Jika  satu aksara dimasukkan pada sektor, maka keseluruhan sektor   ini telah di gunakan.  Sebarang fail baru yang hendak disimpan, mestilah menggunakan sektor yang yang lain pula.  Jika sesuatu sektor telah rosak maka      ianya tidak dapat menyimpan maklumat atau maklumat sedia ada tidak boleh dibaca.

 ·        Klaster : 
       Klaster adalah kumpulan sektor-sektor.  Klaster akan rosak jika aliran elektrik terputus semasa kerja-kerja
       dijalankan.

 ·        Bait :
       Bait adalah juzuk yang terkecil sekali yang terdapat pada cakera 1 Bait boleh memegang 1 aksara.  

 

 

Suzie IT Teganu Kite..

Politeknik Kota Kuala Terengganu
Terbaik hanya guna skrin  800 x 600