PENGENALAN

Sejarah Komputer

Komputer secara mekanikal mempunyai sejarah lampau yang panjang. Abakus atau sempua boleh dianggap sebagai contoh komputer yang terawal. Ianya telah digunakan di negeri China dan di Jepun beribu-ribu tahun sebelum masehi lagi. Alat ini memenuhi keperluan pengiraan sehinggalah berkembangnya tamadun barat yang memerlukan bantuan bagi mengurus pengiraan yang lebih kompleks dan cepat.

Pengenalan kepada alagoritma adalah langkah pertama yang dilakukan oleh bangsa Eropah. Ianya dimajukan oleh John Napier yang mengeluarkan jadual Log (log table) pertama pada tahun 1614. Pada tahun 1920-an William Oughtred memperkenalkan “Slide rule”berdasarkan konsep alogritma.

Dengan alat “Slide Rule” ini, pengguna boleh mengira dan memyelesaikan sesuatu pengiraan yang rumit dengan lebih pantas berbanding dengan secara manual. Konsep ini digunakan secara meluas sehinggalah terciptanya mesin kira (kakulator) elektronik di penghujung tahun 1960an.

Pada kurun ke-17, dua pencipta yang boleh dianggap penting didalam sejarah komputer, iaitu Blaise Pascal (1974) telah mengeluarkan kalkulator mekanikal. Pada tahun 1694 Gottfried Leibnitz memperkenalkan kalkulator mekanikal yang lebih berkesan.

Pada kurun ke-19, Charles Babbage telah membawa satu perubahan dalam dunia komputer di mana beliau telah memcipta “Different Engine” dan “Analytical Engine”. Kemasukkan atau input untuk mesin ini adalah berdasarkan penggunaan kad-kad yang diperkenalkan oleh Joseph Jacquard pada tahun 1820. Herman Holerith juga menggunakan kad-kad untuk mesin ciptaannya (tabulating machine) pada tahun 1883. Beliau telah bergabung dengan dua syarikat lain dan seterusnya pada tahun 1924 mereka telah menukarkan nama kepada International Business Machine (IBM) yang menjadi gergasi dunia komputer pada masa ini.

Komputer adalah sejenis peralatan ekektronik yang boleh diprogramkan bagi menerima data (disebut Aliran Masuk) dan memproses data tersebut ke dalam maklumat (disebut Aliran Keluar). Proses tersebut diarahkan oleh software, tetapi digaya dan diproses oleh hardware (peralatan komputer).

Komputer amat berguna bagi memudahkan kerja atau pengoperasian sesuatu tugas yang sukar dan rumit. Komputer digunakan dalam bidang penerokaan angkasa lepas, perhubungan, ketenteraan, industri, perniagaan, pembelajaran dan lain-lain lapangan lagi. Komputer terbahagi kepada tiga jenis.

Pertama : Komputer Analog

Kedua : Komputer Digit

Ketiga : Komputer Hibrit

Pertama: Komputer Analog

Adalah sejenis komputer yang memproses maklumat lahiriah (Fizikal) dengan cara yang berterusan menyukat keadaan suhu, tekanan udara, kadar aliran cecair dan sebagainya.

Kedua: Komputer Digit

Komputer Digit adalah set sistem komputer yang memproses data dengan menggunakan data yang beraras terkebawah sekali dan bercorak dedua atau binari. Binari bermakna dua keadaan yang berasaskan kepada dua angka iaitu 0 dan 1. Maka data ini menghasilkan dua maklumat yang bertentangan seperti sebuah lampu yang menerima keadaan bernyala atau keadaan padam. Keadaan ini dapat membentuk salah satu maklumat di dalam sistem komputer iaitu Betul atau Salah; Ya atau Tidak dan seumpamanya.

Ketiga : Komputer Hibrid

Komputer jenis ini adalah hasil gabungan sistem komputer Analog dengan komputer Digit. Komputer Hibrid digunakan bagi menjalankan kerja-kerja penyelidikan saperti mengkaji keadaan cuaca, keadaan laut, ramalan keadaan saham pasaran saham dan lain-lain lagi.

KOMPUTER PERIBADI

Pada tahun 1970, pemeroses mikro 4000 telah berjaya dicipta. Dengan terciptanya pemerosesan jenis ini, maka komputer boleh digunakan orang-orang perseorangan. Komputer peribadi berfungsi bagi memproses, mendapatkan semula data-data yang diperlukan oleh seseorang pengguna. Program-program tertentu digunakan untuk menghasilkan sesuatu yang kita kehendaki. Pakej program-program berkenaan terdiri daripada pemeroses perkataan, kira-kira, penerbitan, pembelajaran, permainan.

PERALATAN DAN PERISIAN KOMPUTER PERIBADI

Sistem komputer pada keseluruhannya terdiri dari dua unsur utama.

Pertama : Peralatan

Kedua : Perisian

Peralatan

Peralatan sistem komputer adalah gabungan beberapa unit radas fizikal yang disambungkan dengan kabel antara satu dengan lainnya. Denyutan elektrik berjalan melalui kabel-kabel atau pengalir-pengalir dari satu unit ke satu unit yang lain.

Perisian

Perisian terbahagi kepada dua jenis iaitu aturcara pengendalian sistem (DOS), dan satu lagi dipanggil aturcara kepenggunaan. Sesebuah komputer terbahagi kepada lima (3) komponen utama, bagi melengkapkan sistemnya agar ia dapat berfungsi dan dapat menjamin keberkesanan penggunaanya.

Lima komponen utama komputer ialah:

1. Monitor (Paparan)
2. CPU (System Unit)
3. Keyboard

Sistem Komputer

Terdapat lima sistem komputer yang ada dalam pasaran iaitu:

· IBM (International Busines Machince) - untuk pemerosesan data-data

· MACINTOSH (Apple) - untuk membuat kerja-kerja lakaran/graphics

· AMIGA - untuk permainan dan muzik

· COMMANDO - permaianan

· ATARI - permaianan

Radas-Radas Komputer

Tiga rangkaian radas diperlukan untuk menjalankan sesebuah komputer

Pertama : Papan Kunci
Kedua : Unit Pemerosesan Pusat (CPU)
Ketiga : Paparan Video

Jika hendak menjalankan kerja-kerja mencetak, kita memerlukan sebuah mesin pencetak pula. Modem dan talipon pula diperlukan untuk membuat perhubungan luas.

Input (Aliran Masuk)

Arahan atau data yang diberikan kepada komputer untuk dilaksanakan dan alat-alat input adalah saperti berikut:

1. Keyboard
2. Mouse
3. Paddle
4. Joystick
5. Digitiser
6. Trackball

Output (Aliran Keluar)

Keputusan pemprosesan yang dihasilkan oleh komputer dan alat-alat adalah:

1. VDU (Visual Display Unit)
2. Mesen pencetak (Printer)
3. Plot

Program

Merupakan software atau arahan komputer yang lebih dikenali sebagai Aplikasi merupakan komponen mustahak dalam menentukan pengoperasian sesebuah komputer.

Software (Aplikasi)

Merupakan perisian sesebuah komputer. Ia merupakan perisian atau pakej-pakej yang direka khas untuk melakukan tugas tertentu seperti Pemprosesan Perkataan (Wordprocesing), Pengiraan di dalam eletronik (Spreadsheet) menyimpan maklumat di dalam Pengkalan Data (Database) dan lakaran grafik.

Contoh-contoh software (aplikasi):

WORDPROCESSING : Word perfect, Word Star, Win Word.

SPREADSHEET : Lotus, Excel, Quattro Pro for Windows

DATABASE : Dbase, Paradix, Access

GRAPHICS : Harvars, Graphic, Applause, MacDraw.

PRESENTATION : Power Point, Publisher, Page Maker

 

Suzie IT Teganu Kite..

Politeknik Kota Kuala Terengganu
Terbaik hanya guna skrin  800 x 600