Make your own free website on Tripod.com

 

 

 

RAM

 

RAM - Ingatan Capaian Rawak (Random Asses Memory)

Ram ialah ingatan yang mengandungi aturcara yang ditulis.  RAM menyimpan arahan data dan kepuasan pemprosesan di dalam komputer secara sementara.  Ingatan sementara ini diperlu oleh unit pemprosesan pusat supaya boleh dipanggil kembali bila-bila masa pada waktu pemprosesan sedang berlangsung.  Kandungan ini boleh diubah, ditambah atau dihapuskan pada bila-bila masa. Ia bersifat meruap iatu menyimpan data secara sementara, di mana apabila bekalan kuasa dioffkan maka data-data yang ditulis/disimpan akan hilang.  RAM juga bertindak sebagai buffer untuk memegang data sementara dari input/output devices.

Perkara penting dalam sistem komputer adalah “ingatan”.  Kecil besarnya sesebuah komputer bukanlah dinilai dari ukuran fizikalnya, tetapi bergantung pada sedikit banyaknya ingatan yang boleh disimpan di dalamnya. Program-program dimasukkan di dalam ingatan sebelum ianya dijalankan.

             Maklumat-maklumat disimpan dan diproses di dalam ingatan sebelum ianya disimpan di dalam cakera.  Dos menyelaraskan operasi yang berbagai-bagai dengan menjalankan arahan-arahan dan pembentukan operasi tertentu, juga di dalam ingatan.

 Pada dasarnya sesebuah komputer mempunnyai tiga jenis ingatan: 

·        Ingatan Asas (Convensional Memory)

·        Ingatan Tambahan (Extended Memory)

·        Ingatan Berkembang (Expanded Memory)

 Di samping itu terdapat juga “Kawasan Ingatan Tinggi” (Upper Memory)

 

 INGATAN ASAS

Ingatan ini adalah sejenis ingatan yang tidak boleh tidak mesti ada dalam sistem sesebuah komputer.  Sesetengah komputer mempunyai Ingatan Asas 256 KB atau 512 KB.  Sementera yang lebih tinggi pula berjumlah 640 KB.  Semua jenis program boleh dijalankan dalam ingatan ini tanpa arahan-arahan khas dari pengguna atau pihak pengeluar.  Program yang dijalankan dalam ingatan ini dapat mengeluarkan maklumat dengan pantas.

 KAWASAN INGATAN TINGGI

Kawasan ingatan tinggi adalah sejenis ingatan yang terdapat di antara ingatan asas dengan ingatan yang menjangkau ke 1 MB.  Jika sesebuah komputer mempunyai ingatan asas berjumlah 640 KB, maka kawasan ingatan tingginya adalah berjumlah 360 KB.  Dalam asal komputer ianya dipanggil High Memory Area.  

INGATAN TAMBAHAN

 Ingatan tambahan hanya terdapat pada pemeroses 80286 ke atas.  Ingatan yang melebihi 1 MB ke atas.  Bagi menggunakan ingatan ini memerlukan satu progaram yang dinamakan Pengurusan Ingatan Tambahan. Tugas pengurus ingatan tambahan ialah menghalang program-program yang berbeza daripada menggunakan ingatan tambahan.  Dalam istilah komputer ianya dipanggil Extended Memory Specification. 

            Jika pengguna komputer hendak menjalankan Dos dalam ingatan tambahan, maka fail pengurusan ingatan tambahan perlu dimasukkan kedalam fail CONFIG.SYS dengan cara:

           DEVICE=C:\DOS\HIMEM.SYS

            DOS=HIGH

 

INGATAN BERKEMBANG

Ingatan ini boleh didapati dalam sesebuah mesin komputer dengan cara memasang sejenis alat yang dipanggil papan ingatan berkembang kedalam unit pemeroses pusat, juga mempunyai fail pengurusannya tersendiri.  Contoh program yang menggunakan ingatan jenis ini adalah seperti LOTUS 1-2-3.  Dalam istilah komputer ianya dipanggil Expanded Memory Specifition.

 Jika menggunakan Ingatan berkembang, taipkan:

             DEVICE=C:\DOS\EMM.EXE

 Untuk mengetahuai ingatan komputer, ikuti langkah berikut:

             Pemacu:\MEM      Tekan Enter

            Contoh: C:\>MEM (taipkan)   Tekan kunci Enter

 

ROM - (READ ONLY MEMORY)

 ROM ialah ingatan kekal di dalam komputer dan adalah untuk bacaan sahaja.  Ingatan ini meliputi beberapa aturcara yang ditulis oleh pembuat komputer.  Isi kandungan ROM telah pun dipenuhi dengan aturcara-aturcara ini dan adalah agak sukar bagi kita untuk mengubah, menambah atau menghapuskannya.  Ia bersifat nonvolatile (tal maruap) iaitu menyimpan data-data secara kekal di mana apabila bekalan dioffkan, kandungan data-data masih kekal.

             ROM boleh dianggap sebagai pusat sumber utama bagi unit pemprosesan pusat kerana ia banyak aturcara yang perlu menguruskan semua perlaksanaan tugas di dalam komputer.  Aturcara-aturcara ini panggil perisian sistem.  Bagi kebanyakan mikrokomputer, Rom menyimpan perisian sistem pengoperasian dan pentafsir bahasa.

 Terbahagi kepada dua bahagian:

·        Bipolar

·        MOS

 

Suzie IT Teganu Kite..

Politeknik Kota Kuala Terengganu
Terbaik hanya guna skrin  800 x 600