BEKALAN KUASA
Unit
bekalan kuasa membekalkan kuasa kepada semua peralatan dan bahagian komputer.
Kebiasaannya arus letrik yang digunakan untuk operasi ialah jenis arus
ulang-alik (AC) dengan kekuasaan 220-240 volta. Komputer menggunakan arus jenis
arus terus (DC) yang kekuasaannya bernilai 5-12 volta, kecuali monitor yang
menggunakan arus ulang-alik. Peralatan/perkakasan akan rosak atau tidak
berfungsi apabila berlaku kekurangan atau terlebih arus elektrik yang digunakan.
Tenaga Nasional membekalkan arus jenis arus ulang-alik (AC) kepada orang awam
dan mempunyai standard Malaysia bernilai 220-240 volta.
ARUS
ELEKTRIK ULANG-ALIK (AC)
Kebiasaanya arus jenis ini digunakan oleh orang awam yang
boleh didapati salah satu cara dengan menggunakan generator yang bermotor dan
apabila arus dibekalkan, coil akan berpusing dan menghasilkan kuasa elektrik.
ARUS
ELEKTRIK TERUS (DC)
Arus jenis ini selalunya dihasilkan oleh beteri. Komputer
jenis bimbit menggunakan bateri NICAD. Setiap komponen yang menggunakan arus
terus mempunyai litar yang mudah, volta yang rendah dan tidak memerlukan
transformer atau rektifier.
Ketahanan bateri pada komputer adalah bergantung pada cara kita menggunakan
komputer. Sebaik-baiknya komputer digunakan setiap hari agar bateri akan
dicajkan semula dan sekurang-kurangnya dua minggu sekali. Peralatan yang
menggunakan arus terus akan mengalami kerosakan, jika berlaku litar pintas.
Kesan-kesan seperti terdapat tanda kehijauan dan berwarna puteh di bahagian
terminal bateri memyebabkan bateri tidak berfungsi lagi.
UNIT
BEKALAN KUASA KOMPUTER
Kebanyakan peralatan-peralatan elektronik menggunakan arus
(AC) termasuk juga monitor untuk komputer. Peralatan/pekakasan komputer
menggunakan arus (AC) dan ditukarkan kepada (DC) dengan menggunakan rektifier.
Arus terus (AC) nilainya tetap dan mengalir pada satu arah.
Arus ulang-alik (AC) sentiasa berubah diantara
bahagian tinggi yang positif voltage dan rendah pada bahagian negetif voltage
dan ketahap maksima pada satu arah dan juga turun ke sifar dan menurun semula ke
arah yang berlainan.
REKTIFIER
Juga
dikenali sebagai diode yang beperanan menukarkan arus ulang-alik (AC) kepada
arus terus (DC). Ia juga mempunyai empat komponen kecil diode dan ia juga
mengalirkan arus dengan satu hala. Untuk mengenalinya dengan melihat ciri-ciri
saperti jalur dan garisan tanda (-) Cathode dan (+) Anode.
REKTIFIER
GELOMBANG SEPARUH
Syarat untuk menukarkan arus ulang-alik (AC)
kepada arus terus (DC) memerlukan sebuah diod sahaja. Pada rajah di bawah
digambarkan bagaimana kuasa yang terletak di bahagian bawah 0 volt telah
terpotong oleh diod kerana punca positifnya (anode) telah menjadi lebih negetif
daripada punca negetif (cathode) bila kuasa berubah kepada lebih rendah kepada 0
volt.
REKTIFIER
GELOMBANG PENUH
Rektifier yang menggunakan satu diod akan
menghasilkan voltage yang dinamakan arus terus berubah (fluctuating DC).
Keadaan voltage yang tersebut dinamakan “fluctuating”, kerana voltage tidak
berubah di mana-mana tahap tetapi ia berubah diantara 0 volt dan puncak voltage.
Rajah di bawah menggambarkan bagaimana diod menghapuskan kuasa voltage negetif,
ini bermakna litar berkenaan yang telah melenyapkan separuh daripada kuasa yang
boleh digunakan.
Satu cara yang baik untuk menggunakan semua
kuasa yang ada dengan menghalakan voltage yang akan lenyap tadi ke bahagian
atas gelombang.
JENIS-JENIS BEKALAN KUASA
Terdapat dua jenis bekalan kuasa:
1.
Jenis “Linear”
2.
Jenis “Switching”
JENIS LINEAR
Jenis
bekalan kuasa yang senang dikenalpasti dan dibaiki kerosakannya dan mempunyai
litar yang mudah. Asas-asas yang bekalan ini mengandungi transformer, satu
rectifier dan beberapa kapisitor sebagai penapis/filter untuk tujuan meratakan
dan menyelaraskan gelombang kuasa.
Cara-cara
berfungsi:
·
Kuasa daripada soket dinding (240
volt arus ulang-alik (AC) dimasukkan di dalam satu transformer yang besar.
·
Kuasa kemudian diselaraskan
(rectify) dan ditapis untuk menghasilkan output arus terus yang licin pada
voltage yang paling sesuai untuk kegunaan sesuatu litar.
·
Kuasa terus yang telah dilicinkan
akan dihantar melalui sebuah “regulator” yang akan meyempurnakan keperluan
sesuatu litar yang menyekat voltage/arus yang dibekalkan hanyut ketempat lain.
·
Arus yang berlebihan dari sumber
kuasa biasanya akan ditukarkan menjadi haba dan hilang begitu sahaja.
Kebaikan
jenis linear ini dari segi mudah dan tahan lama, walaubagaimana pun kuasa jenis
ini bukanlah yang terbaik dan efisen.
Jenis “Switching
Bekalan jenis ini kebiasaanya tidak membazirkan
arus dan juga tidak menggunakan transfomer yang besar dan sebagai gantinya ia
menggunakan transformer kecil yang merubah dan tidak menghilangkan haba. Ianya
juga mempunyai litar pengesan yang boleh mengawasi voltage output. Bila voltage
naik dan turun kerana keperluan bekalan kuasa berubah, litar pengesan ini boleh
mengetahui.
Suzie IT Teganu Kite.. |
Politeknik Kota Kuala Terengganu |
Terbaik hanya guna skrin 800 x 600 |