MONITOR/PAPARAN VIDEO 

Paparan video adalah salah satu daripada komponen Aliran Keluar sesebuah komputer.  Ianya sama seperti kaca televisyen tetapi ia dapat memaparkan askara yang lebih kecil kalau dibandingkan dengan kaca TV.  Segala maklumat dipaparkan di layar paparan video.   Komputer peribadi biasanya  mempunyai layar berukuran 14 inci.  Tetapi luas permukaan lembaran kerjanya hanyalah 12 inci sahaja, ini bermakna tidak gambarnya tidak penuh.

 Terdapat tiga jenis paparan video: 

·       
Komposit        :   Adalah gabungan warna hijau atau jingga.  Ia berkemampuan memaparkan teks dan grafik.
·        Monokrom     :   Juga berwarna hijau atau jingga.  Ia dapat   memaparkan teks dengan lebih jelas, tetapi
                                 tidak boleh memaparkan grafik.
·       
Warna           :    Berkemampuan memaparkan teks dan grafik dengan lebih berkesan.  Ianya mempunyai
                                 gabungan jenis warna.

Terdapat pula paparan video beradiasi rendah.  Ianya jenis bermutu tinggi tetapi harganya lebih mahal. Paparan video ini tidak menyakitkan mata walaupun pengguna bekerja dengan jangkamasa  yang panjang.

 Paparan video warna juga dipanggil dengan SVGA.  Sementara Monokrom memaparkan aksara dengan grafik dalam satu warna sahaja. Kebanyakan layar jenis monokrom memaparkan aksara berwarna hijau dan ada juga yang berwarna coklat.  Latar belakangnya  berwarna gelap. Paparan vidoe ini terbina dari layar  kaca berjenis Tiub Sinar Ketod (CRT-Cathode Ray Tube). Ada juga berjenis paparan hablor cecair (LCD-Liquid Chrystal Display)

 Jenis-jenis Monitor yang digunakan adalah bergantung kepada Kad Adapter yang digunakan. Misalnya  jika kad Adapter Monochorome yang digunakan maka monitor monochorome (yang memaparkan satu warna) akan digunakan.  Pada awal tahun 80an terdapat dua jenis Adapter Video iaitu Adapter Monochorome dan satu lagi ialah Adapter Color Graphic (yang mempamerkan warna grafik dan teks).  Sekarang ini terdapat beberapa lagi adapter-adapter yang lebih baik seperti Adapter Enhanced Graphic (EGA) dan Adapter Video Graphic Array (VGA)

 RESOLUSI      :           merupakan   kuantiti   yang   dipaparkan   pada   skrin   monitor   yang bergantung
                                     kepada jumlah pixel. Pixel adalah garisan membujur kecil yang berbentuk aksara
                                     (huruf/nombor) atau grafik pada skrin monotor. Sebagai contoh 640 dengan 350
                                     bermakna 640 pixel yang dipaparkan secara mendatar dan 350 pixel dipaparkan
                                     secara tegak.

 WARNA         :           merupakan jumlah warna yang dapat dipaparkan pada sesuatu ketika.

 PALATTE       :           merupakan jumlah warna yang dapat dipaparkan, walaubagaimana pun
                                    tidak semua dapat dipaparkan serentak kerana ianya     memerlukan ingatan yang banyak

 

 

 

Suzie IT Teganu Kite..

Politeknik Kota Kuala Terengganu
Terbaik hanya guna skrin  800 x 600