PRAKATA
Ilmu komputer merupakan satu cabang ilmu dunia
moden iatu sains. Ia berkembang sejak awal 1970-an secara serius di negara
barat seperti di Amerika Syarikat dan United Kingdom. Di Malaysia, ilmu
komputer berkembang pesat dalam jangkamasa yang sama tetapi tidak serius ketika
itu, kerana komputer tidak digunakan secara meluas dalam pengendalian tugas.
Kini bidang ilmu komputer telah berkembang dengan terlalu pesat dan
pendidikan komputer juga telah diperkembangkan kepada tiga cabang utama iaitu
Sains Komputer, Pengurusan Sistem Maklumat dan Kejuruteraan Komputer.
Kejuruteraan Komputer pula bidang
yang paling baru dalam dunia komputer dan melibatkan pembikinan perkakasan
komputer serta perisiannya. Bidang baru ini semakin pesat berkembang di
Malaysia dan keperluan terhadap jawatan jurutera komputer meningkat dari tahun
ke tahun.
Bidang ini secara kasarnya amat
berkait rapat dengan kejuruteraan perisian, di mana melibatkan penghasilan
perkakasan komputer seperti pemacu dan cip-cip. Manakala kejuruteraan perisian
pula, berkaitan dengan penghasilan perisian dalam cip atau perisian sistem
pengoperasian termasuk DIS atau Windows dan perisian kegunaan am seperti Word
dan Excel. Jurutera komputer juga bertugas juruteknik sistem untuk memberikan
bantuan kerosakan dalam penggunaan komputer.
Ilmu komputer adalah virtual dalam
dunia moden sekarang. Oleh kerana penggunaan komputer secara serius dalam
bidang telekomunikasi, terdapat bidang baru iaitu Kejuruteraan Komunikasi di
mana 50 peratus dari mata pelajarannya membabitkan pengaturcaraan dan
kejuruteraan komputer.
Suzie IT Teganu Kite.. |
Politeknik Kota Kuala Terengganu |
Terbaik hanya guna skrin 800 x 600 |