MONITOR/PAPARAN
VIDEO
Paparan video adalah salah satu
daripada komponen Aliran Keluar sesebuah komputer. Ianya sama seperti kaca
televisyen tetapi ia dapat memaparkan askara yang lebih kecil kalau dibandingkan
dengan kaca TV. Segala maklumat dipaparkan di layar paparan video. Komputer
peribadi biasanya mempunyai layar berukuran 14 inci. Tetapi luas permukaan
lembaran kerjanya hanyalah 12 inci sahaja, ini bermakna tidak gambarnya tidak
penuh.
Terdapat tiga jenis paparan video:
·
Komposit :
Adalah gabungan warna hijau atau jingga. Ia berkemampuan memaparkan teks dan
grafik.
·
Monokrom : Juga
berwarna hijau atau jingga. Ia dapat memaparkan teks dengan lebih jelas,
tetapi
tidak boleh memaparkan grafik.
·
Warna : Berkemampuan memaparkan teks dan
grafik dengan lebih berkesan. Ianya mempunyai
gabungan jenis warna.
Terdapat pula paparan video beradiasi
rendah. Ianya jenis bermutu tinggi tetapi harganya lebih mahal. Paparan video
ini tidak menyakitkan mata walaupun pengguna bekerja dengan jangkamasa yang
panjang.
Paparan video warna juga dipanggil
dengan SVGA. Sementara Monokrom memaparkan aksara dengan grafik dalam satu
warna sahaja. Kebanyakan layar jenis monokrom memaparkan aksara berwarna hijau
dan ada juga yang berwarna coklat. Latar belakangnya berwarna gelap. Paparan
vidoe ini terbina dari layar kaca berjenis Tiub Sinar Ketod (CRT-Cathode Ray
Tube). Ada juga berjenis paparan hablor cecair (LCD-Liquid Chrystal Display)
Jenis-jenis Monitor yang digunakan
adalah bergantung kepada Kad Adapter yang digunakan. Misalnya jika kad Adapter
Monochorome yang digunakan maka monitor monochorome (yang memaparkan satu warna)
akan digunakan. Pada awal tahun 80an terdapat dua jenis Adapter Video iaitu
Adapter Monochorome dan satu lagi ialah Adapter Color Graphic (yang mempamerkan
warna grafik dan teks). Sekarang ini terdapat beberapa lagi adapter-adapter
yang lebih baik seperti Adapter Enhanced Graphic (EGA) dan Adapter Video Graphic
Array (VGA)
RESOLUSI : merupakan
kuantiti yang dipaparkan pada skrin monitor yang bergantung
kepada jumlah pixel. Pixel adalah
garisan membujur kecil yang berbentuk aksara
(huruf/nombor) atau grafik pada skrin
monotor. Sebagai contoh 640 dengan 350
bermakna 640 pixel yang dipaparkan
secara mendatar dan 350 pixel dipaparkan
secara tegak.
WARNA : merupakan
jumlah warna yang dapat dipaparkan pada sesuatu ketika.
PALATTE : merupakan
jumlah warna yang dapat dipaparkan, walaubagaimana pun
tidak semua dapat dipaparkan serentak kerana
ianya memerlukan ingatan yang banyak
Suzie IT Teganu Kite.. |
Politeknik Kota Kuala Terengganu |
Terbaik hanya guna skrin 800 x 600 |