Make your own free website on Tripod.com

 

 

 

PENCETAK/PRINTER   

 Pencetak komputer adalah sejenis mesin elektronik yang berkeupayaan menerima arahan daripada CPU untuk mencetak.  Sebarang maklumat yang berkandung dalam ingatan komputer mengikut arahan pengguna.  Bagi setengah pencetak hanya berupaya mencetak huruf dan angka sahaja, tidak grafik.  Ada juga pencetak yang berupaya mencetak lebih daripada itu dengan maksima boleh mencetak gambar atau grafik.

 PENCETAK JENIS DOT-MATRIX

 Pencetak ini mempunyai pengetuk-pengetuk kecil berbentuk titik yang dipanggil pin.  Pencetak Dot-matrix 9 pin bermakna pengetuknya 5 titik (dot) melintang dan 7 titik dari atas ke bawah.  Dot-matrix 24 pin pula mengetuknya secara berulang-ulang kali dan hasilnya nampak lebih kemas.  Ia juga boleh menghasilkan pencetak warna dengan sekurang-kurangnya 3 warna asas yang boleh digabungkan bagi membentuk warna-warna lain.

 PENCETAK JENIS SEMBUR DAKWAT (INK-JET)

Jenis ini melaksanakan tugasnya dengan menyemburkan dakwat dari punat jetnya.  Kelajuan 10 kali lebih pantas daripada pencetak biasa.

 PENCETAK JENIS LASER

 Jenis ini menggunakan kelompok sinar bagi membantu memindahkan maklumat daripada CPU ke kertas.  Hasilnya amat bermutu tinggi.  Jenis ini juga mempunyai kepantasan tertentu.  Kelajuan ini dikira dengan bilangan aksara yang boleh dicetak dalam masa satu saat.

 PANDUAN KETIKA MENGGUNAKANNYA

1.       Apabila arus elektrik ada pada pencetak, langkah pertama di mana dengan sendirinya kepala pencetak akan        dibersihkan dan juga salur hujung dakwat.

2.      Tidak digalakkan switch 0n dan Off arus pada pencetak kerana ianya akan menyebabkan dakwat pada    pencetak akan cepat habis.

 3.     Setiap gerak kerja yang kita lakukan akan direkodkan pada  CMOS ROM pencetak.

 4.      Dakwat yang berlebihan akan jatuh pada bahagian bawah yang telah sedia ada alat penyerap (Span).

PERIHAL BAHAGIAN PENCETAK/PRINTER 

Pencetak boleh dibahagikan kepada tiga bahagian:

·        Bahagian penghantaran kuasa (elektrik)
·       
Bahagian makanisma
·       
Logik litar kawalan papan litar

 PENGUJIAN SENDIRI

Pengujian sendiri pencetak dilakukan untuk menguji samada sesebuah pencetak itu di dalam keadaan baik. Cara-caranya ialah dengan menekan “line feed” sebaik sahaja arus elektrik dihidupkan, pencetak akan mencetak dengan sendiri.  Pengujian lain dengan menekan “line feed” dan kertas akan bergerak satu tahap pada satu masa, apabila  “form feed”  ditekan dan keseluruhan kertas akan keluar.

 BAHAGIAN PENCETAK

 Motor “steeper” pembersih kertas  -  untuk mengawal “line feed”  dan “form feed” dengan bergantung dengan isyarat yang diberikan oleh IC untuk mengawal gear, samada untuk satu tahap sesuatu masa atau keseluruhan kertas.
 
Knob manual (tiada elektronik)  -  untuk menggerakkan kertas ke atas dan ke bawah secara manual (dengan tangan).
Motor arriage assembly stepper - 
untuk menggerakkan kepala pencetak kekiri dan kekanan.  Jika kepala pencetak tidak bergerak maka ia adalah masalah motor.

   

            Pencetak Dot Matrik                                                    Pencetak Laser

                                      

 

 

 

Suzie IT Teganu Kite..

Politeknik Kota Kuala Terengganu
Terbaik hanya guna skrin  800 x 600