PRAKATA

 

Ilmu komputer merupakan satu cabang ilmu dunia moden iatu sains.   Ia berkembang sejak awal 1970-an secara serius di negara barat seperti di Amerika Syarikat dan United Kingdom.  Di Malaysia, ilmu komputer berkembang pesat dalam jangkamasa yang sama tetapi tidak serius ketika itu, kerana komputer tidak digunakan secara meluas dalam pengendalian tugas.

             Kini bidang ilmu komputer telah berkembang dengan terlalu pesat dan pendidikan komputer juga telah diperkembangkan kepada tiga cabang utama iaitu Sains Komputer, Pengurusan Sistem Maklumat dan Kejuruteraan Komputer.

             Kejuruteraan Komputer pula bidang yang paling baru dalam dunia komputer dan melibatkan pembikinan perkakasan komputer serta perisiannya.  Bidang baru ini semakin pesat berkembang di Malaysia dan keperluan terhadap jawatan jurutera komputer meningkat dari tahun ke tahun.

             Bidang ini secara kasarnya amat berkait rapat dengan kejuruteraan perisian, di mana melibatkan penghasilan perkakasan komputer seperti pemacu dan cip-cip.  Manakala kejuruteraan perisian pula, berkaitan dengan penghasilan perisian dalam cip atau perisian sistem pengoperasian termasuk DIS atau Windows dan perisian kegunaan am seperti Word dan Excel.  Jurutera komputer juga bertugas juruteknik sistem untuk memberikan bantuan kerosakan dalam penggunaan komputer.

             Ilmu komputer adalah virtual dalam dunia moden sekarang.  Oleh kerana penggunaan komputer secara serius dalam bidang telekomunikasi, terdapat bidang baru iaitu Kejuruteraan Komunikasi di mana 50 peratus dari mata pelajarannya membabitkan pengaturcaraan dan kejuruteraan komputer.

   

 

Suzie IT Teganu Kite..

Politeknik Kota Kuala Terengganu
Terbaik hanya guna skrin  800 x 600